Saturday, November 12, 2011
"FORUM SEJARAH KEMERDEKAAN: SIAPA PEJUANG?"
Forum anjuran PERADABAN ini berlangsung pada 12 November 2011, jam 9.00 pagi hingga 1 petang di Dewan Balora Mastika Kongsi, Balik Pulau,Pulau Pinang. Seramai 70 orang hadir sebagai peserta dan forum dipengerusikan oleh Tn. Hj. Juhari Mohamad Nor. Tiga orang ahli panel yang dijemput membicarakan tajuk forum ialah Prof. Madya Hj. Abdul Rahman Ismail, Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi dan Dr. Azmi Arifin dari USM.
Tuesday, November 8, 2011
JEMPUTAN KE FORUM "SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA: SIAPA PEJUANG?"
Tarikh : 12 November 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00pg - 1.00 petang
Tempat: Dewan Balora Mastika, Kongsi, Balik Pulau.
Semua yang berminat dijemput hadir
Sunday, October 23, 2011
Bengkel Penulisan Sejarah
Bengkel berlangsung pada 22 Oktober 2011, dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Blok Beringin IPG Kampus Pulau Pinang. Prof. Madya Dr. Mahani Musa dari USM diundang khas untuk menyampaikan ceramah. Bersesuaian dengan kepakarannya, para peserta telah didedahkan dengan cakupan dan kepentingan sejarah Pulau Pinang. Beliau juga membimbing para peserta menghasilkan penulisan sejarah mengikut metod yang betul. YB Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad turut hadir untuk menyampaikan ucapan penutupan dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta bengkel. Prof. Madya Dr. Mahani tidak melepaskan peluang mengisi borang keahlian dan seterusnya menyertai PERADABAN.
Dicatat oleh En. Roslan Saadon IPGM Kampus PP
Wednesday, August 24, 2011
Mesyuarat Agung Tahun Pertama

Mesyuarat berlangsung pada 24 Ogos 2011, jam 3.00 petang di Blok Beringin, IPG Kampus Pulau Pinang. YB Hj. Muhamad Farid Hj. Saad telah menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat tersebut. Persatuan sah beroperasi apabila didaftarkan pada 27 Julai 2011. Kerja-kerja pendaftaran diusahakan oleh Tn. Hj. Baharul Azhar selaku setiausaha dan dibantu oleh En. Roslan Saadon, Yang Dipertua PERADABAN. Cendikiawan yang turut hadir dalam mesyuarat agung tersebut ialah Prof. Dr. Suhaimi dan Prof. Madya Dr. Main Rindam dari USM. Mesyuarat perlu diadakan bagi membentuk jawatankuasa baru bagi menggerakkan aktiviti dan perancangan persatuan. En. Roslan Saadon dilantik sebagai Yang Dipertua, Tn. Hj. Juhari Mohamad Nor sebagai Naib Yang Dipertua dan Tn. Hj. Baharul Azhar Hj. Omar sebagai Setiausaha. Pn. Arbakyah Hassan dilantik sebagai Bendahari dan beberapa orang lagi dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa.
Thursday, August 11, 2011
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja
5.1 Mesyuarat JK Penaja PSPMPP Kali 1/2011.
Tarikh: 9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: 12A, Jalan Koperasi,
Taman Koperasi Guru, Tanah Liat,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kehadiran: 9/23 orang
5.2 Mesyuarat JK Penaja PSPMPP Kali 2/2011
Tarikh: 11 Ogos 2011 (Khamis)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Riggeng,
PG Kampus Pulau Pinang,
11700 Gelugor, Pulau Pinang
Kehadiran: 14/23 orang
Wednesday, July 27, 2011
Sunday, June 26, 2011
Mesyuarat Penubuhan Persatuan Sejarah & Peradaban Melayu Pulau Pinang
Mesyuarat berlangsung pada 26 Jun 2011 di Pejabat PGMPPS, No. 12A, Jalan Koperasi, Taman Koperasi Guru, Tanah Liat, Bukit Mertajam bermula jam 4.30 petang. Mereka yang hadir terdiri daripada ahli kesatuan guru (KGMMB & PGMPPS), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, pekerja swasta dan pesara. Kata sepakat diambil dan ditubuhkan Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang atau PERADABAN. Nama yang dipersetujui dalam mesyuarat sebelum itu dipinda iaitu warisan kepada tamadun. Perlembagaan disediakan oleh En. Roslan Saadon dan dibentang dalam mesyuarat tersebut. YB. Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad turut hadir dan dilantik sebagai Penasihat PERADABAN. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan idea penubuhan dan menjadi teraju utamanya. Buat sementara waktu pejabat PERADABAN adalah di No. 12A, Jalan Koperasi, Taman Koperasi Guru, Tanah Liat, Bukit Mertajam, menumpang pejabat PGMPPS.
Subscribe to:
Posts (Atom)