Facebook Badge

Wednesday, August 24, 2011

Mesyuarat Agung Tahun Pertama


Mesyuarat berlangsung pada 24 Ogos 2011, jam 3.00 petang di Blok Beringin, IPG Kampus Pulau Pinang. YB Hj. Muhamad Farid Hj. Saad telah menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat tersebut. Persatuan sah beroperasi apabila didaftarkan pada 27 Julai 2011. Kerja-kerja pendaftaran diusahakan oleh Tn. Hj. Baharul Azhar selaku setiausaha dan dibantu oleh En. Roslan Saadon, Yang Dipertua PERADABAN. Cendikiawan yang turut hadir dalam mesyuarat agung tersebut ialah Prof. Dr. Suhaimi dan Prof. Madya Dr. Main Rindam dari USM. Mesyuarat perlu diadakan bagi membentuk jawatankuasa baru bagi menggerakkan aktiviti dan perancangan persatuan. En. Roslan Saadon dilantik sebagai Yang Dipertua, Tn. Hj. Juhari Mohamad Nor sebagai Naib Yang Dipertua dan Tn. Hj. Baharul Azhar Hj. Omar sebagai Setiausaha. Pn. Arbakyah Hassan dilantik sebagai Bendahari dan beberapa orang lagi dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa.

Thursday, August 11, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja

5.1   Mesyuarat JK Penaja PSPMPP Kali 1/2011.
Tarikh:                  9 Julai 2011  (Sabtu)
Masa:                    2.30 petang
Tempat:               12A, Jalan Koperasi,
                Taman Koperasi Guru, Tanah Liat,
                14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kehadiran:          9/23 orang

5.2   Mesyuarat JK Penaja PSPMPP Kali 2/2011
Tarikh:                  11 Ogos 2011 (Khamis)
Masa:                    3.00 petang
Tempat:               Bilik Mesyuarat Riggeng,
                PG Kampus Pulau Pinang,
                11700 Gelugor, Pulau Pinang
Kehadiran:          14/23 orang